10 Januari 2022

Door To Magic

Anda tercari-cari jalan untuk bahagia? Tenang ? Lapang dada? Dan lain-lain untuk lebih bahagia sebagai manusia? nak cepat dapat kesan sebab anda dah tak mampu lagi nak teruskan hidup ni yang anda rasa macam kayu balak yang menghempap anda?

Tapi anda kena janji, bagi komitmen dan amalkan apa yang diajar, bukan sekadar beshopping kelas tapi tak guna ilmu

Sudah pasti apa yang diajar tidak semua anda amalkan tapi amalkan yang basic dan amalkan yang dekat dijiwa,pasti anda mula terasa kesannya dari hari ke hari,jiwa makin tenang
Anda kena ingat ni sentiasa
"Orang yang tenang pasti Menang"

Nak bahagia sepanjang hari?
Nak hati senang sepanjang hari?
Walaupun apa yang melanda hidup anda waktu ini...

Ada ke caranya?

Jom....

Mari saya share satu Kelas "Door To Magic"
Yang mungkin merubah cara pandang anda kepada dunia selepas ini

Cara terbaik untuk mula mengubah hidup adalah dengan Mengubah Diri Anda sahaja tanpa perlu mengubah orang lain.

"Ubah diri Duniamu pasti berubah"

Tarikh dan masa kelas batch 3 adalah pada

7 sesi
10/1/22 - 16/1/22
Isnin - ahad
Jam 9 -11 malam

Yuran early bird rm120
(terhad 50 slot sahaja)

Yuran biasa rm 150

Semua peserta layak dapat akses 7 hari untuk ulangkaji video² dari batch 2 dan 3

Sila jemput sahabat² dan kenalan anda join group ini untuk mereka juga tidak terlepas sebarang info DOOR TO MAGIC batch 3 😁

DAFTAR


Ni saya share cerita-cerita dari peserta

CERITA 1
Sangat² lega,rasa batu besar atas kepala hilang dan ringan kepala...

Salah seorang peserta #DoorToMagic pm saya tadi....

..saya pun tak kenal dia siapa sebab jenis senyap je dalam kelas hahaha...

Sebelum saya teruskan penceritaan,dia dah bagi izin saya kat saya cerita kat fb ni supaya dapat bagi ramai orang peluang untuk ambil pelajaran dengan apa yang dia lalui...

Cerita dia macamni....

...suami dia naik pangkat,gaji makin tinggi,kedudukan makin tinggi dan suami dia diuji dengan pepatah ni...

Lelaki diuji bila ada segala galanya...

Perangai suami makin penyayang,makin banyak belanja bagi kat dia,pendek kata bab material ni hidup dia makin bahagia seiring dengan peningkatan taraf hidup suami dia....

So apa masalahnya?

3 TA
takhta
harta
WANITA

Suami dia diuji dengan wanita...

Walaupun suami dia tak abaikan dia dan anak²,malah makin bahagiakan dia dan anak² dengan material dan jiwa sebab ada kemampuan tapi...

....suami dia kalah dengan ujian sacral centre.

Apa plop sacral centre ni...pusat syahwat ler kehkehkeh...

So pendek cerita,kantoi lah yang suami dia ni ada 3 scandal perempuan...

Perghhhh bukan sorang...3 dibahannya sekaligus...

So si isteri ni makan hati...

Faham kan rasa bila dikhianati pasangan?

Tapi si isteri ni kebetulan masa suami dia kantoi,dia sedang join program Door To Magic....

So dia punya emosi ada tempat nak berpaut sebelum meribut....

Dia bertenang dulu dengan ujian yang dia lalui...

Dia betul² praktikkan segala ilmu yang dia belajar kat DTM sebab dia faham tentang semua perkara dalam dunia ni hanyalah pinjaman termasuk suami dia....

Tapi sebanyak mana pun ilmu kita ada,sebanyak manapun sabar kita cuba tahan...ada something perkara kita memang tak mampu nak tahan...

Suami ada 3 scandal perempuan kot...

Kuat tak kuat lah student saya ni sebenarnya sebab lepas kantoi pun dia masih lagi bertahan...

Saya bab ni memang respek dengan kaum perempuan,fizikal kelihatan lemah,tapi keteguhan hati macam tembok berlin...kukuh dan teguh....

So dia pun pm saya,minta satu sesi personal terapi sebab dah tak tahan menanggung beban perasaan....

So dalam sesi tu saya ringkaskan je lah ye lepas saya scan semua perjalanan story dan masalah dia...

...dia baru sedar,dia memang sayang suami dia lagi,dan nak hidup dengan suami dan anak² macam biasa...

So yang buat dia pecah mental adalah ego dia sebab dia rasa dia tak patut kongsi suami dia dengan orang lain apatah lagi dengan 3 perempuan lain sekaligus...

Saya tanya dia,dia bahagia tak kalau suami dia bahagia...?

Dia jawab dia bahagia....

So kenapa tak bahagia bila suami dia bahagia bila ada 3 scandal lain?

Dia jawab sebab kebahagiaan yang macam tu menggelikan,menjijikkan dan dia tak boleh terima...

So saya teruskan sesi dengan bertanya lagi...

So kalau suami dia minta nak halalkan 3 sacndal tu jadi madu dia,kawen dan ikut lunas² agama....dia setuju?

Dia tak setuju plak...tadi geli,kali ni nak bagi halal,tak boleh plop hahaha...

Tapi saya faham perasaan dia...mana² lelaki mahupun perempuan memang nak pasangan dia hanya untuk dia sorang je....

Saje saya tanya soalan begitu untuk leraikan sedikit kekusutan di jiwanya...

So saya bagi solution....tapi bukan jawapan mahupun ketentuan sebab saya bukan Tuhan.

Dalam Door to magic saya pernah ajar stoic story,good news,bad news who know....

So pandangan peribadi saya sebagai lelaki,lelaki ni bila dia curang,cari perempuan lain dekat luar,tapi still jaga rumahtangga dengan baik,layan isteri dan anak³ dengan baik mereka ni sebenarnya bukan cari sex atau tempat melampiaskan nafsu(jenis jantan jahat kimK)...

....tapi mereka ni cari belaian dan pembaharuan dalam perhubungan....

So saya cadangkan kepada student saya ni satu idea...

Saya tanya dia,setuju tak yang sejak kawen dia tak pernah melawa untuk suami dia kat rumah dan layanan dari sejak kawen sampai sekarang still sama je?

Dia setuju....

So saya share semula tentang stoic story kat dia dan teknik reframing yang sesuai dengan ujian yang dia terima sekarang ni...

Dia memang dah belajar dalam DTM pasal semua ni so senanglah saya nak bagi dia faham dan apply sesuai dengan ujian dia ...

So saya minta dia reframing,mungkin Allah bukan menguji suami dia dengan wanita lain tapi Allah sedang sediakan platform untuk dia berubah jafi isteri yang lebih baik untuk suami dia dan bila dia mampu berubah jadi lebih baik,barulah Allah siapkan suami dia yang gatal telor tu jadi suami yang terbaik untuk dia...

Maybe....

So dia terima idea saya untuk reframing ujian hidup dia macam tu...

So apa yang berlaku kat suami dia,lantaklah,dia just fokus ubah diri dia jadi isteri yang lebih baik,lebih seksi,lebih menggoda,lebih menggiurkan dimata suami dia...

So bila dia dah berubah jadi lebih baik,tapi suami dia masih tak hargai dia,bermakna apa yang berlaku dalam rumahtangga memang bukan salah dia...

Dan paling penting,bila Allah hantar ujian,dia berjaya sambut ujian tu untuk naik ke next level dalam hidup dia.

Bla bla bla bla....
Prumpramprumpram.....
Dipendekkan cerita sebab kalau tulis tak larat,panjang lagi....

Lepas beberapa ketika..... rumahtangga dia kembali lancar...

Suami dah tak keluar malam,suami akan lapor dia ada kat mana setiap kali keluar rumah,suami selalu call tanya khabar dan say rindu setiap hari bekerja,suami selalu bagi suprise,suami selalu takde mood nak keluar rumah sebab nak melekat ngan dia,dan paling best sekali buat dia betul² rasa lega sangat,suami dia dah tak sorok hp dan letak je hp kat mana² dalam rumah tanpa pasword....

....so anytime je dia boleh cek hp suami dia...

Dan semua tu effortless je tanpa diminta,disuruh,dipaksa,diugut,digaduh²kan...

Dan dia baru realize,ujian yang Allah kepada dia melihat suami dia berskandal 3 sebelum ni adalah ujian untuk dia dapat suami dan sifat suami idaman dia selama ni...

Dia baru realize dan faham apa saya selalu ajar dalam door to magic...

....bila ada masalah,ada ujian dalam kehidupan,jangan sibuk fikir nak betulkan orang lain melainkan fokus perbaiki diri sendiri je...

Kalau lah dia sibuk nak betulkan suami dia yang curang tu,maybe skang mereka dah bergaduh,dah bercerai dan pelbagai kemungkinan tak elok lagi....

Tapi sebab dia fokus perbaiki diri dia tanpa fikir pun nak ubah perangai laki dia yang mengereyam tu...

....laki dia berubah effortless je dan paling penting dalam tak sedar dia sendiri pun dah berubah jadi isteri,ibu,,anak,menantu,manusia yang lebih baik dari diri dia sebelum ni....

.
.

Maybe kisah ni boleh direnung²kan oleh alumni² DTM melalui kehidupan masing² lepas ni sebab u dah belajar pasal reframing,pasal duduk diam sekejap,pasal stoic story,pasal reframing,pasal macam² la saya dah ajar kan?

Tinggal nak apply je....

Share kalau bermanfaat

#DoorToMagic
#BankIdea
Sebarkan 

Luka kat tangan,bila kita sentuh dia sakit kan?

Tapi tangan tak luka,sentuh macamana pun tak sakit....

Hati orang,gurau,kutuk,main² kan perasaan dia,kalau dalam hati dia tak luka,dia rilek² je layann sambil.ketawa...

...tapi bagi orang yang ada luka dihatinya,dalam² ketawa boleh marah,mengamuk,merajuk..etc...

Begitulah ramai yang tak sedar dalam diri masing² ada luka yang tak sembuh...

Luka² di hati berbentuk dendam,trauma,envy,tak cukup,dianiaya,rendah diri,cinta ditolak,..etc ...

So ramai yang tertanya²,kenapa lepas buat teknik pernafasan yang saya share walaupun baru sekali dua buat,ramai yang dapat benda² best dalam hidup mereka....

Salah satunya tanpa sedar luka dihati tu mula sembuh atau mula diproses menjadi lebih baik...

Bila luka² ni sudah mula tak terasa sakit,maka senang lah rezeki² nak datang kepada diri sebab luka di hati yang kita tak sedar ni lah BLOCKAGE/HALANGAN terbesar yang menjarakkan kita dengan rezeki.

Praktikal pernafasan lebih deep,lebih dose vaksin merawat hati...

Tapi..
.
.

Kalau ada sedikit manfaat dari perkongsian² saya kat u,boleh tak tolong share,tag kawan² ajak join,supaya ramai kat luar sana dapat something manfaat juga macam kita...

Buat sebab sayang dan caring about others...

Boleh? 🥰


Lain-lain cerita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan