23 Disember 2011

buat coklat dengan cara mudah


Sekarang memang musim sana sini orang ghairah dengan coklat-coklat yang comel,ada untuk dimakan sendiri, hadiah buat tersayang, sebagai hantaran pertunangan dan perkahwinan serta sebagai doorgift untuk majlis kenduri kendara.



Bagi yang berminat untuk belajar cara membuat coklat dengan mudah bolehlah melawat http://www.buatcoklat.com/index.php?ref=hiris. Ketahui rahsia-rahsia untuk membuat coklat idaman anda.


Saya juga begitu teruja dengan dengan kecomelan coklat diatas..mungkin ramai berfikir agak sukar untuk membuat coklat sendiri..tetapi bila sudah belajar..taklah sesusah mana,yang penting minat dan kemahuan..ditambah lagi sekarang mudah untuk mendapatkan bahan-bahan untuk pembuatan coklat dipasaran..dan bila sudah pandai,bolehlah apabila teragak masuk dapur dan terus membuat coklat idaman anda..

24 Oktober 2011

MORHABSHI

Rahsia Morhabshi Yang Hebat

Berminat untuk membeli MORHABSHI:

Harga sebotol 115ml RM 35.00 dan kos penghantaran RM5, JUMLAH RM40.00

SILA BANKINKAN:

CIMB: 0408 00091 36058 ( MORHABSHI )

MAYBANK: 1540 5329 0898 ( NOOR AZMAN AMINUDIN )

Selepas bank in sila smskan kepada no 017-3972793 maklumat :

1.Nama Penuh

2.Alamat Lengkap

3.Jumlah,bank dan waktu bank in




http://morhabshi.biz/images/morhabshiflyerspsd.gif

Minyak Morhabshi kami diadun dengan lebih daripada 30 jenis herba tradisional tempatan.

TIADA DADAH, RACUN, ATAU BAHAN KIMIA.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Berikut adalah penyakit yang dikenalpasti sering disembuhkan menggunakan Minyak Morhabshi:

  1. histeria
  2. dirasuk syaitan
  3. sihir (buatan orang)
  4. santau
  5. bayi 'diganggu'
  6. bayi 'kembung'
  7. sawan tangis
  8. pusat bayi (agar mudah tanggal)
  9. batuk
  10. lelah/asma
  11. sakit gigi
  12. senak
  13. cirit birit
  14. kanser (lihat testimoni kami berkenaan pesakit barah hati)
  15. kayap
  16. kurap
  17. gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha)
  18. jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka)
  19. kudis
  20. bisul
  21. melecur terkena api atau air/minyak panas
  22. gigitan serangga & binatang bisa
  23. lenguh
  24. terseliuh
  25. simpul biawak (krem)
  26. sakit kepala
  27. mabuk-mabuk & meloya
  28. muntah

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Cara penggunaan


Untuk penyakit luaran, sila gunakan secara sapuan. Manakala untuk masalah 'dalaman' seperti santau, sila masukkan 2-3 titik ke dalam 1/3 air suam dan diminum.

Minyak Morhabshi tidak beracun. Oleh itu jika anda sakit gigi, anda boleh menyapunya terus pada gusi atau gigi yang berlubang dan sakit itu. Caranya, ambil secebis tisu, celupkan dalam Minyak Morhabshi dan tampalkan ke dalam gigi yang berlubang. Saya telah mencubanya 3 tahun lalu dan hingga sekarang tidak pernah mengalami sakit itu lagi.

Untuk bayi dan kanak-kanak, calitkan pada kening, ubun-ubun, belakang cuping telinga, sendi-sendi kaki dan tangan, serta tengkuk bagi menghindari daripada gangguan. Amalkan setiap hari (sebelum maghrib) pada bayi anda.

Amalkan menyapu pada perut bayi setiap hari dapat mengelakkan bayi diserang kembung perut. Insya-Allah.

Untuk makluman, sebaik tiba di sekolah pagi tadi, seorang ustazah menemui saya untuk mendapatkan Minyak Morhabshi lagi. Menurut beliau, bayinya terhindar dari kembung sejak menggunakan Minyak Morhabshi. Oleh itu beliau telah mengesyorkan pada adiknya yang juga baru bersalin.

Berminat untuk membeli MORHABSHI:

Harga sebotol 115ml RM 35.00 dan kos penghantaran RM5, JUMLAH RM40.00

SILA BANKINKAN:

CIMB: 0408 00091 36058 ( MORHABSHI )

MAYBANK: 1540 5329 0898 ( NOOR AZMAN AMINUDIN )

Selepas bank in sila smskan kepada no 017-3972793 :

1.Nama Penuh

2.Alamat Lengkap

3.Jumlah,bank dan waktu bank in

Apa itu Morhabshi?

Menurut Wikipedia: Morhabshi (English: Myrrh) merupakan bahan resin berwarna merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha. Tumbuhan ini juga tumbuh di negara Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Bahan getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh), C. opobalsamum dan Balsamodendronkua.

Sejarah Penggunaan resin Morhabshi:


Ensiklopedia tersebut juga mencatatkan resin Morhabshi telah terkenal sejak zaman

Mesir kuno. Myrrh merupakan asas kepada minyak wangi dan incense, dan amat dihargai pada zaman kuno klasik. Nilainya dikatakan melebihi dari emas yang sama berat dengannya. Pada zaman Rom Kuno, myrrh dinilai lima kali ganda berbanding frankincense, walaupun frankincence lebih popular ketika itu. Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Diceritakan bahawa Maharaja Nero, iaitu Maharaja Rom telah membakar setahun nilai myrrh pada pengkuburan isterinya yang bernama Poppaea.


Kajian Antarabangsa Terhadap Morhabshi


Oleh kerana bahan ini begitu unik dan menakjubkan, banyak penyelidikan telah dibuat ke atasnya. Antaranya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh & susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal & tikus kencing manis.

Tindakan mencampur getah myrrh bersama cuka pula mampu meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan rasa sakit.


Kegunaan Morhabshi dalam kebudayaan Melayu


Meskipun ramai yang merasakan baru pertama kali mendengar nama Morhabshi, namun ia sebenarnya bukanlah asing dalam kebudayaan Melayu. Orang Melayu menggelarnya 'kemenyan bunian' kerana keampuhannya menghindari gangguan makhluk halus. Bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk ghaib tersebut. Di Malaysia khasiat Morhabshi dipercayai lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India.


Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya. Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya. Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Di situlah bermulanya Rahsia Minyak Morhabshi.

Siapa Pengasas Minyak Herba Morhabshi?

Beliau adalah Ustaz Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, pensyarah di Maahad Tarbiah Islamiyah Derang, Kedah. Selain ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam praktik perubatan alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa & ayat Al-Quran), perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan herba, dan kaedah perubatan homeopathy. Malah salah satu tugas beliau di maahad tersebut ialah bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan di situ.

Almarhum telah menghasilkan dua buah kitab perubatan alternatif dan salah satu daripadanya ialah kitab "Al-Tabib Walhikmah". Sebuah lagi kitab (bertulisan Jawi) tidak ada dalam simpanan kami, justeru kami tidak akan mengulasnya.

Kitab "Al-Tabib Walhikmah" mengandungi petua-petua, ramuan-ramuan perubatan, doa-doa, serta ayat-ayat Al-Quran sebagai kaedah alternatif menyelesaikan masalah kehidupan. Kami tidak ada sebarang masalah untuk berkongsi kitab tersebut dengan anda.

Siapa kami?

Kami adalah pewaris generasi pertama dan kedua kepada Almarhum dan ditauliahkan untuk meneruskan pengeluaran Minyak Morhabshi. Malah kami telah memulakan pengeluaran dan pengedaran sejak 20 tahun yang lalu di bawah pengawasan almarhum yang merupakan nenda kami. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tahun 2004.

Rujukan

Al-Awadi FM, Gumaa KA. Studies on the activity of individual plants of an antidiabetic plant mixture. Acta Diabetol Lat. 1987 Jan-Mar;24(1):37-41.
Yeung, HC, Handbook of Chinese Herbs and Formulas, vol. 1, Institute of Chinese Medicine, Los Angeles, 1983.
http://oneearthherbs.squarespace.com/important-herbs/myrrh-gum-commiphora-myrrha.html Alan Tillotson "Myrrh"
Layari juga: www.morhabbshi.com , http://morhabshi.blogspot.com http://en.wikipedia.org (BI) , http://ms.wikipedia.org (BM)
, Kitab Attibbi Walhikmah tulisan Ustaz Hj Abdul Hamid, pengasas ramuan morhabshi






26 September 2011

BERANGAN DAN BERJAYA ..7 LANGKAH BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMILIKI SEGALANNYA

Mat Jenin Moden: Berangan dan berjaya



Buku ini ditulis Shahifol Arbi Ismail, mengupas rahsia bagaimana anda mampu memperolehi segala yang anda idamkan bermula hanya dengan aktiviti BERANGAN! Ya berangan seperti apa yang suka dilakukan oleh Mat Jenin, tetapi bezannya disini kita mengambil langkah-langkah seterusnya yang akan menukarkan angan-angan tadi menjadi satu realiti.

Langkah-langkah ini diterangkan dengan jelas disertai dengan contoh-contoh mudah agar anda dapat terus mempraktikkannya dan menerima hasilnnya.

Buku ini patut dibaca oleh setiap orang yang ingin menjadikan apa sahaja impian mereka satu kenyataan!

Mat Jenin Moden: Berangan dan berjaya



ANDA AKAN MENGETAHUI, ANTARANYA...

- Kaedah untuk menyingkap tujuan sebenar hidup anda


-Cara mudah tetapi berkesan bagaimana untuk ,mengenalpasti apa senbenarnya yang anda inginkan dalam hidup.

- Teknik-teknik untuk menangani sabotaj dan emosi negtif dalam usaha anda memajukan diri.Inilah yang tiada ( atau kurang diberi penekanan ) dalam kebanyakan program atau buku motivasi yang pernah anda baca.

- Satu teknik yang membantu anda mencapai keadaan minda yang terbukti berkesan untuk membuat perubahan diri.

-Peranan sebenar tindakan dalam proses penciptaan keinginan anda.

-Bagaimana untuk berserah dalam erti kata sebenarnya.

-Dua kaedah bersyukur yang dapat menarik lebih banyak nikmat.

-Kaedah-kaedah untuk sentiasa gembira dengan kehidupan anda sekarang.

P.S. Jangan hanya menunggu untuk setiap impian anda menjadi kenyataan dengan sendirinya tanpa apa-apa ‘usaha’ dari pihak anda. Kecualilah anda mengambil tindakan positif untuk merealisasikan impian atau angan-angan anda, nasib dan keadaan hidup anda tidak akan berubah. Sekarang adalah masa untuk anda bertindak untuk merubah nasib dan kehidupan anda.
sila klik sini
http://www.matjeninmoden.com/affiliate/affinc/pro.php?id=10058
dan jadilah Mat Jenin Moden; Berangan dan Berjaya.

Mat Jenin Moden: Berangan dan berjaya

23 April 2011

Belajar Buat Coklat Dengan Cara Mudah..

Sekarang memang musim sana sini orang ghairah dengan coklat-coklat yang comel,ada untuk dimakan sendiri, hadiah buat tersayang, sebagai hantaran pertunangan dan perkahwinan serta sebagai doorgift untuk majlis kenduri kendara.



Bagi yang berminat untuk belajar cara membuat coklat dengan mudah bolehlah melawat http://www.buatcoklat.com/index.php?ref=hiris. Ketahui rahsia-rahsia untuk membuat coklat idaman anda.


Saya juga begitu teruja dengan dengan kecomelan coklat diatas..mungkin ramai berfikir agak sukar untuk membuat coklat sendiri..tetapi bila sudah belajar..taklah sesusah mana,yang penting minat dan kemahuan..ditambah lagi sekarang mudah untuk mendapatkan bahan-bahan untuk pembuatan coklat dipasaran..dan bila sudah pandai,bolehlah apabila teragak masuk dapur dan terus membuat coklat idaman anda..



25 Mac 2011

Mencari Ketenangan Hati...


artikel menarik dari http://genta-rasa.com/

Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Namun zikrullah yang bagaimana dapat memberi kesan dan impak kepada hati? Ramai yang berzikir tetapi tidak tenang. Ada orang berkata,

“ketika saya dihimpit hutang, jatuh sakit, dicerca dan difitnah, saya pun berzikir. Saya ucapkan subhanallah, alhamdulillah, Allah hu Akbar beratus-ratus malah beribu-ribu kali tetapi mengapa hati tidak tenang juga?”Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan “membaca” kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Katalah lidah kita mengucapkan subhanallah – ertinya Maha Suci Allah. Itu zikir qauli. Namun, pada masa yang sama hati hendaklah merasakan Allah itu Maha Suci pada zat, sifat dan af’al (perbuatannya). Segala ilmu yang kita miliki tentang kesucian Allah hendaklah dirasai bukan hanya diketahui. Allah itu misalnya, suci daripada sifat-sifat kotor seperti dendam, khianat, prasangka dan sebagainya.

Dimensi kata, rasa dan tindakan

Jika seorang hamba yang berdosa bertaubat kepada-Nya, Allah bukan sahaja mengampunkannya, malah menghapuskan catatan dosa itu, bahkan menyayangi dan memberi “hadiah” kepadanya. Firman Allah:“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai…”At Tahrim 8Firman Allah lagi:“… Sungguh, Allah menyukai orang yang taubat dan menyukai orang yang menyucikan diri” al baqarah 222.
Sifat ini berbeza sekali dengan kita manusia yang kekadang begitu sukar memaafkan kesalahan orang lain. Dan segelintir yang mampu memaafkan pula begitu sukar melupakan – forgive yes, forget not! Hendak memberi hadiah kepada orang yang bersalah mencaci, memfitnah dan menghina kina? Ah, jauh panggang daripada api! Begitulah kotornya hati kita yang sentiasa diselubungi dendam, prasangka dan sukar memaafkan. Tidak seperti Allah yang begitu suci, lunak dan pemaaf. Jadi, apabila kita bertasbih, rasa-rasa inilah yang harus diresapkan ke dalam hati. Ini zikir qalbi namanya.

Tidak cukup di tahap itu, zikrullah perlu dipertingkatkan lagi ke dimensi ketiga. Hendaklah orang yang bertasbih itu memastikan perlakuannya benar-benar menyucikan Allah. Ertinya, dia melakukan perkara yang selaras dengan suruhan Allah yang Maha Suci dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya. Yang halal, wajib, harus dan sunat dibuat. Manakala yang haram dan makruh ditinggalkannya. Zina, mengumpat, mencuri, memfitnah dan lain-lain dosa yang keji dan kotor dijauhi. Bila ini dapat dilakukan kita telah tiba di dimensi ketiga zikrullah – zikir fikli!
Sekiranya ketiga-tiga dimensi zikrullah itu dapat dilakukan, maka kesannya sangat mendalam kepada hati. Sekurang-kurang hati akan dapat merasakan empat perkara:

Rasa kehambaan.
Rasa bertuhan.
Memahami maksud takdir.
Mendapat hikmah di sebalik ujian.

Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Untuk menjaga kebersihan hati maka kita juga perlu untuk menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.

Rasa kehambaan.

Rasa kehambaan ialah rasa yang perlu ada di dalam hati seorang hamba Allah terhadap Tuhan-Nya. Antara rasa itu ialah rasa miskin, jahil, lemah, bersalah, hina dan lain-lain lagi. Bila diuji dengan kesakitan, kemiskinan, cercaan misalnya, seorang yang memiliki rasa kehambaan nampak segala-galanya itu datang daripada Allah. Firman Allah:“Katakanlah (Muhammad), tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami, dan hanya kepada Allah bertawakal orang-orang yang beriman.” At Taubah: 51
Seorang hamba akan pasrah dan merasakan bahawa dia wajar diuji. Bukankah dia seorang hamba? Dia akur dengan apa yang berlaku dan tidak mempersoalkan mengapa aku yang diuji? Kenapa aku, bukan orang lain? Ini samalah dengan mempersoalkan Allah yang mendatangkan ujian itu. Menerima hakikat bahawa kita layak diuji akan menyebabkan hati menjadi tenang. Jika kita “memberontak” hati akan bertambah kacau.

Imam Ghazali rhm pernah menyatakan bahawa cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah “memberontak” kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya. Misalnya, dia tidak lalu mahu makan-minum secara teratur, tidak mandi, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan misai dan janggut dan lain-lain yang menjadi selalunya menjadi rutin hidupnya. Ungkapan mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang adalah satu “demonstrasi” seorang yang sudah tercabut rasa kehambaannya apabila diuji.

Bila ditimpa ujian kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’ – innalillah wa inna ilaihi rajiun. Firman Allah:“…Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-nyalah kami kembali.” Al baqarah 156
Mengapa kita diperintahkan mengucapkan istirja’? Kalimah ini sebenarnya mengingatkan kita agar kembali merasakan rasa kehambaan. Bahawa kita adalah hamba milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini.

Rasa bertuhan.

Rasa kehambaan yang serba lemah, miskin, kurang dan jahil itu mesti diimbangi oleh rasa bertuhan. Bila kita rasa lemah timbul pergantungan kepada yang Maha kuat. Bila kita rasa kurang timbul pengharapan kepada yang Maha sempurna. Bila miskin, timbul rasa hendak meminta kepada yang Maha kaya. Rasa pengharapan, pengaduan dan permintaan hasil menghayati sifat-sifat Allah yang Maha sempurna itulah yang dikatakan rasa bertuhan.
Jika rasa kehambaan menyebabkan kita takut, hina, lemah sebaliknya rasa bertuhan akan menimbulkan rasa berani, mulia dan kuat. Seorang hamba yang paling kuat di kalangan manusia ialah dia yang merasa lemah di sisi Allah. Ketika itu ujian walau bagaimana berat sekalipun akan mampu dihadapi kerana merasakan Allah akan membantunya. Inilah rasa yang dialami oleh Rasulullah SAW yang menenteramkan kebimbangan Sayidina Abu Bakar ketika bersembunyi di gua Thaur dengan katanya, “la tahzan innallaha maana – jangan takut, sesungguhnya Allah bersama kita!”

Rasa bertuhan inilah yang menyebabkan para nabi dan Rasul, mujaddid dan mujtahid, para mujahid dan murabbi sanggup berdepan kekuatan majoriti masyarakat yang menentang mereka mahupun kezaliman pemerintah yang mempunyai kuasa. Tidak ada istilah kecewa dan putus asa dalam kamus hidup mereka. Doa adalah senjata mereka manakala solat dan sabar menjadi wasilah mendapat pertolongan Allah. Firman Allah:“Dan pohonlah pertolongan dengan sabar dan solat.” Al Baqarah.

Dalam apa jua keadaan, positif mahupun negatif, miskin ataupun kaya, berkuasa ataupun rakyat biasa, tidak dikenali ataupun popular, hati mereka tetap tenang. Firman Allah:“Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.” Al Fathu 4.

Bila hati tenang berlakulah keadaan yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:Maksudnya: Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaannya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikannya kebaikan (pahala). Jika ditimpa bahaya (kesusahan), dia sabar dan itu juga memberikannya kebaikan.” – Al Hadis.

Memahami maksud takdir Allah.

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. Ungkapan yang terkenal: We can’t direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.

Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

Tidak salah untuk kita menyelesaikan masalah yang menimpa (bahkan kita dituntut untuk berbuat demikian), namun jika masalah itu tidak juga dapat diselesaikan, bersangka baik kepada Allah berdasarkan firman-Nya:“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”Surah Al Baqarah : 216Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya, “barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen¬deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang.”

Siapa tidak inginkan kekayaan, malah kita dituntut mencari harta. Namun jika setelah berusaha sedaya upaya, masih miskin juga, bersangka baiklah dengan Tuhan… mungkin itu caranya untuk kita mendapat pahala sabar. Begitu juga kalau kita ditakdirkan kita tidak berilmu, maka berusahalah untuk belajar, kerana itulah maksud Allah mentakdirkan begitu.

Kalau kita berkuasa, Allah inginkan kita melaksanakan keadilan. Sebaliknya, kalau kita diperintah (oleh pemimpin yang baik), itulah jalan untuk kita memberi ketaatan. Rupanya cantik kita gunakan ke arah kebaikan. Hodoh? kita terselamat daripada fitnah dan godaan. Ya, dalam apa jua takdir Allah, hati kita dipimpin untuk memahami apa maksud Allah di sebalik takdir itu.
Jadi, kita tidak akan merungut, stres dan tertekan dengan ujian hidup. Hayatilah kata-apa yang ditulis oleh Ibnu Atoillah ini:“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”

Tadbirlah hidup kita sebaik-baiknya, namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan. Jangan cuba mengambil alih “kerja Tuhan” yakni cuba menentukan arah angin dalam kehidupan ini tetapi buatlah kerja kita, yakni mengawal pelayaran hidup kita dengan meningkatkan iman dari semasa ke semasa. Kata bijak pandai: “It’s not what happens to you, but it’s what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back!”
Mendapat hikmah bila diuji.

Hikmah adalah sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat. Hikmah dikurniakan sebagai hadiah paling besar dengan satu ujian. Hikmah hanya dapat ditempa oleh “mehnah” – didikan langsung daripada Allah melalui ujian-ujian-Nya. Ra¬sul¬ullah s.a.w. bersabda, “perumpamaan orang yang beriman apabila ditimpa ujian, bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilanglah karatnya (tahi besi) dan tinggallah yang baik sahaja!”Jika tidak diuji, bagaimana hamba yang taat itu hendak mendapat pahala sabar, syukur, reda, pemaaf, qanaah daripada Tuhan?

Maka dengan ujian bentuk inilah ada di kalangan para rasul ditingkatkan kepada darjat Ulul Azmi – yakni mereka yang paling gigih, sabar dan berani menanggung ujian. Ringkas¬nya, hikmah adalah kurnia termahal di sebalik ujian buat golongan para nabi, siddiqin, syuhada dan solihin ialah mereka yang sentiasa diuji.Firman Allah: Apakah kamu mengira akan masuk ke dalam syurga sedangkan kepada kamu belum datang penderitaan sebagai¬mana yang dideritai orang-orang terdahulu daripada kamu, iaitu mereka ditimpa kesengsaraan, kemelaratan dan ke¬goncangan, sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya merintih: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?”(Surah al-Baqarah: 214)Pendek kata, bagi orang beriman, ujian bukanlah sesuatu yang negatif kerana Allah sentiasa mempunyai maksud-maksud yang baik di sebaliknya.

Malah dalam keadaan ber¬dosa sekalipun, ujian didatangkan-Nya sebagai satu peng¬ampunan. Manakala dalam keadaan taat, ujian didatangkan untuk meningkatkan darjat.Justeru, telah sering para muqarrabin (orang yang hampir dengan Allah) tentang hikmah ujian dengan berkata: “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.Apabila keempat-empat perkara ini dapat kita miliki maka hati akan sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak zikrullah. Itulah satu-satunya jalan untuk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat nanti. Manusia perlukan zikir umpama ikan perlukan air. Tanpa zikir, hati akan mati.

Tidak salah memburu kekayaan, ilmu, nama yang baik, pangkat yang tinggi tetapi zikrullah mestilah menjadi teras dan asasnya.Insya-Allah, dengan zikrullah hati kita akan lapang sekalipun duduk di dalam pondok yang sempit apatah lagi kalau tinggal di istana yang luas. Inilah bukti keadilan Allah kerana meletakkan kebahagiaan pada zikrullah – sesuatu yang dapat dicapai oleh semua manusia tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita. Dengan itu semua orang layak untuk bahagia asalkan tahu erti dan melalui jalan yang sebenar dalam mencarinya. Rupa-rupanya yang di cari terlalu dekat… hanya berada di dalam hati sendiri!

FRUST DALAM BERCINTA



ARTIKEL MENARIK DARI:- http://www.genta-rasa.com


Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.



Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai. Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:

“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”



Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.” Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.

(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.



Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?



Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).



Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.



Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”

Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.



Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”



Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!



Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.



Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.

Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…



Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!



Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).



Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!



Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.



Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.



Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.



Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer’ atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.



Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women) Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.



Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi. Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.



Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.



Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.



Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.



Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.



Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.



Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.



Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.



Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.



Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!



Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.



Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.



Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living, “jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!



Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.



Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.



Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…



Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!



Sematkan di hati kata pujangga ini:“Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”

11 Februari 2011

AKU BERSAKSI SEBENAR-BENARNYA

artikel dari www.fuadlatif.com

Ketika kamu sentiasa sedar akan Allah dalam setiap saat kehidupan kamu, kamu akan benar-benar berasa “tiada daya dan kekuatan melainkan daya yang dialirkan oleh Allah SWT kepadamu sahaja”.

Dan ketika ini kamu benar dengan jelas dan nyata hanya MENYAKSIkan daya dan kekuatan Allah lalu terpancul dari jiwamu….“aku bersaksikan tiada Tuhan melainkan Allah SWT”.

Setiap waktu.. aku lakukan apa yang ingin aku lakukan bersama sedar ke Allah. Dan aku sentiasa melihat apa yang berlaku saat ini..’now’… oh! ini yang Allah hendak. oh! ini yang terjadi. oh! ini…. oh! itu… aku menyaksikan.

Menyaksikan adalah sebuah perbuatan… dan jiwaku merasainya lalu bersaksi.. sebuah rasa… yg tidak mungkin mampu diterangkan tapi jika kau melakukan.. kau akan merasai dan memahami sendiri.

Lalu sedarilah Allah… sedarilah… Nanti persoalanmu tentang kehendak Tuhan akan kamu memahaminya sendiri. Itulah sebuah keadaan di mana kamu sedang bersaksi… sebuah keadaan rasa yang tiada tulisan dan bahasa. Namn kamu rasai dan sedari….

Seandainya tidak lagi lakukan… tidak lagi sedar ke Allah… kamu terus dibelenggu dengan persoalan demi persoalan… sehinggakan Allah sendiri menegur kamu dengan….

Maka dengan perkataan manakah lagi mereka akan beriman sesudah (kalam) Allah dan keterangan-keterangan-Nya.
(QS. Al Jaatsiyah, 45:3-6).

Ketika aku sakit… oh! ini yang Allah inginkan. Oh! ini rasanya…
Tiada protes… hanya menerima…

dan ketika aku di bawa berjumpa doktor…
oh! ini yang Allah aturkan.
oh! ini klinik yang Allah hendak aku pergi.
oh! ini doktornya yang Allah ingin aku jumpa….

ketika aku makan…
oh! di sini Allah ingin aku makan. oh! ini lauknya…

ketika aku bahagia..
oh! ini yang Allah berikan padaku ketika ini. oh! ini rasanya…

ketika aku lakukan apa sahaja… aku sentiasa menyedari Allah… lalu aku berkomunikasi dengan Allah … kerana aku sedar adanya Allah yang sangat dekat denganku.

aku hanya menyaksikan apa jua yang berlaku dalam setiap saat kehidupanku…. dan aku bersaksi..

Aku hanya sekadar menyaksikan dan bersaksi apa yang aku saksikan…

Aku faham atau tidak dengan apa yang aku saksikan… aku tidak memaksa untuk fikirkan. Tapi aku siap untuk difikirkan…

Aku hanya mengikut kehendak Allah samada memberikan aku kefahaman atas sesebuah kejadian atau tidak.

Aku lakukan… aku bekerja.. aku beraktiviti… apa yang aku diilhamkan..difahamkan…difikirkan.. malah aku sebenarnya digerakkan..dikerjakan..diaktivitikan.

Semuanya ini ditahap manusiawinya akan lihat akulah yang berfikir.. aku bergerak dengan kehendakku… aku yang cuba memahamkan… akulah yang ingin beraktiviti.

namun hakikatnya bukan seperti fikiran tahap manusiawi. Allah segala-galanya.

Ketika aku memuji seseorang… aku harus menyaksikan diri, sifat dan sikap seseorang itu dahulu. Pujian itu pasti hadir ketika aku sedar bahawa dia seorang yang baik hati.

Lalu ketika itu dan seterusnya.. aku bersaksi bahawa dia seorang yang baik hati selagi dia baik hati.

ketika aku memuji Allah… aku menyaksikan dzat (tidak boleh melihat dgn mata kasar namun sedar jelas dan nyata wujudnya), sifat dan perbuatan Allah itu dahulu. Pujian itu pasti hadir ketika aku sedar bahawa Allah yang menggerakkan… menentukan.. menjadikan… dan Allah itu ada dekat.. meliputi segala sesuatu…

Ketika itu dan seterusnya aku bersaksi (sebuah rasa di dalam jiwa) bahawa Allah Yang Berkuasa… lalu jiwaku, lidahku, perbuatanku benar-benar bersaksi bahawa Tiada Tuhan melainkan Allah….. dengan keyakinan yang muktamad.

Fuad Latip
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
http://www.fuadlatip.com/
9 Februari 2011