Memaparkan catatan dengan label diy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diy. Papar semua catatan

28 April 2016

Cara- cara untuk D.i.y Trimming Lace

Pasti ramai yang mahu menjahit Trimming Lace pada baju masing-masing tambahan tidak lama lagi musim cuti sekolah dah pasti banyak kenduri kendara.

Tak berapa lama lagi pun dah masuk bulan Ramadhan, pasti ramai yang dah mula membuat persiapan awal untuk baju raya.

Saya nak berkongsi cara-cara mudah untuk menjahit trimming lace pada baju anda terutama pada mereka yang tiada pengalaman menjahit lace pada baju sendiri.

Pasti menjimatkan dan anda mesti berpuashati dan bangga dengan hasil kerja tangan sendiri.

Saya juga memang ada mengambil upah menjahit lace dengan upah bermula dari RM120++  untuk patching lace pada lengan dan bawah baju,

Upah bergantung kepada betapa saratnya hiasan manik,chunky beads dan bunga pada lengan dan bawah baju dan jenis kain.

Okay, kita teruskan cerita tentang cara-cara nak diy pada yang nak baru mula menjahit,

Bahan-bahan Asas yang diperlukan:

Trimming Lace
Benang
Gunting
Jarum
Gam


Fabric Glue
RM10








Contoh-contoh baju yang siap dijahit





Setelah selesai anda menjahit lace pada lengan dan bawah baju,
dah boleh dah menambah seri baju dengan menambah manik,soa dan bunga-bunga.





03 Mac 2014

Sulaman Bunga Reben

Sabtu lepas 1 hb march saya berpeluang untuk belajar sulaman reben di Kolej Komuniti Shah Alam..dengan bayaran RM55. Dapatlah sudah apa yang saya idam-idamkan, da belajar baru tahu teknik, sebelum nie tengok buku memang tak faham lansung...
Semasa kelas kami diajar menyulam reben dan membuat beg uncang..cikgu kata beg uncang dia charge RM15 satu, selepas nie bermulalah projek untuk membuat beg telekung untuk telekung yang saya jual....nanti da siap sy upload pic ok!!!

ni hasil kerja saya, maaflah lupa nak padam pen warna biru tu masa amik gambar..

uncang berbunga rose ni hasil kerja tangan Cikgu Miza dari Puchong..dia siapkan dalam masa sejam sahaja..dah pakar lah katakan..

masing-masing tekun membunga.....
bergambar kenangan bersama peserta dan juga Cikgu Miza...

Akhirnya semua peserta pulang tersenyum-senyum dapat bawak pulang uncang bunga sulam reben buatan sendiri..
Nanti akan ada lagi kelas advanced untuk kami satu group untuk nuat tote beg...