Booking.com

Booking.com

03 Mac 2014

Sulaman Bunga Reben

Sabtu lepas 1 hb march saya berpeluang untuk belajar sulaman reben di Kolej Komuniti Shah Alam..dengan bayaran RM55. Dapatlah sudah apa yang saya idam-idamkan, da belajar baru tahu teknik, sebelum nie tengok buku memang tak faham lansung...
Semasa kelas kami diajar menyulam reben dan membuat beg uncang..cikgu kata beg uncang dia charge RM15 satu, selepas nie bermulalah projek untuk membuat beg telekung untuk telekung yang saya jual....nanti da siap sy upload pic ok!!!

ni hasil kerja saya, maaflah lupa nak padam pen warna biru tu masa amik gambar..

uncang berbunga rose ni hasil kerja tangan Cikgu Miza dari Puchong..dia siapkan dalam masa sejam sahaja..dah pakar lah katakan..

masing-masing tekun membunga.....
bergambar kenangan bersama peserta dan juga Cikgu Miza...

Akhirnya semua peserta pulang tersenyum-senyum dapat bawak pulang uncang bunga sulam reben buatan sendiri..
Nanti akan ada lagi kelas advanced untuk kami satu group untuk nuat tote beg...




Tiada ulasan: