Booking.com

Booking.com

17 Mac 2015

Rumah Nur Kasih Langkawi




BERSEDEKAH ADALAH KEBERKATAN YANG BERPANJANGAN


Rumah Nur Kasih Langkawi
 (KV004349-W)

Beralamat di :

LOT 411, KG ULU MELAKA
07000 LANGKAWI
KEDAH DARUL AMAN
013-4497144 (Puan Aminah)

Akaun Bank
CIMB BANK 8601694875
Rumah Nur Kasih

Rumah Nur Kasih ialah sebuah rumah berkonsepkan kebajikan,menaungi dan membela lebih daripada 20 orang kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur dari 6 hingga 12 tahun dari kalangan anak-anak yatim, fakir miskin dan asnaf zakat

(setakat 13 March 2015 ketika saya bekunjung kesana,saya dimaklumkan ada 28 orang penghuni, 14 kanak-kanak lelaki dan 14 kanak-kanak perempuan serta 5 orang petugas yang menetap bersama )

OBJEKTIF

1.Memberikan perlindungan dan pembelaan kepada mereka yang memerlukan agar mendapat kasih sayang dan pendidikan sewajarnya.

2.Melahirkan generasi yang seimbang pembangunan rohani dan jasmani bermodalkan CINTA dan TAKUTKAN TUHAN.

3.Melahirkan insan yang memiliki jati diri yang teguh dan tidak goyah menempuh pelbagai cabaran masa kini.

4.Membina generasi pelapis kepimpinan negara dari golongan profesional yang beriman, bertakwa dan berperibadi mulia.

5.Menjadi wadah bagi golongan berada dan kurang bernasib baik untuk saling membantu dan melahirkan masyarakat yang harmoni.

AKTIVITI & PERKHIDMATAN

1.Menyediakan asrama, tempat pembelajaran,makan dan minum, pakaian dan segala keperluan kanak-kanak.

2.Mengadakan kelas fardu 'ain ,akademik,pengajian Al-Quran,aktiviti kebudayaan dan kemahiran hidup.

3.Menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan dan asnaf zakat

4.Mengadakan rihlah,ekpedisi dan aktiviti kemasyarakatan.

5.Mengadakan persembahan kebudayaan Islam di majlis.

ANGGARAN PERBELANJAAN SEBULAN

1.Sewa Rumah RM1800

2.Bil Air,Letrik dan Telefon RM1000

3.Makanan + Minuman RM5000

4.Pengangkutan RM1500

5.Pengurusan Rumah RM1000

6.Rawatan Kesihatan RM400

7.Saguhati Petugas RM2250

8.Wang Saku Anak-Anak RM1000

9.Barangan Keperluan Diri RM800

Jumlah Keseluruhan RM14,750.00

Selain daripada sumbangan berbentuk kewangan dan tajaan, pihak RNK juga mengalu-galukan sumbangan barangan seperti:

1.Makanan (mentah atau sedia dimakan)

2.Komputer / Laptop

3.Pakaian Sekolah dan Harian
4.Kipas Angin

5.Kelengkapan asrama seperti Perabot,Permaidani,Sejadah,Sarung Tilam,Sarung Bantal dan Lain-lain.

6.Buku dan Bahan Bacaan

7.Peralatan dan Kelengkapan Sekolah

8.Kereta untuk Pengangkutan Anak-Anak.

9.Van untuk pengangkutan anak-anak.

10. Alatan perkusi dan pembesar suara untuk kegiatan kebudayaan.


 Sila Like Page Rumah Nur Kasih Langkawi

 (gambar dari Page RNK)

 (gambar dari Pages RNK)

Selain itu RNK juga mempunyai perniagaan amal iaitu Perusahaan Kek Lapis.

Sebagaimana kita maklum, Kos perbelanjaan untuk menguruskan rumah RNK amat besar untuk setiap bulan,
Diharapkan dengan sumbangan ikhlas anda samada dalam bentuk wang ringgit atau barangan boleh meringankan tanggungjawab mereka yang menguruskan rumah ini. 

Selain sumbangan wang ringgit dan barangan, juga dialu-alukan juga kunjungan anda samada persendirian atau berkumpulan ke rumah ini untuk membuat pelbagai aktiviti amal untuk menceriakan kanak-kanak penghuni RNK.

Allah swt jua membalas segala budi baik anda keatas sumbangan kepada anak-anak RNK.

Semoga rezeki anda bertambah murah serta berkat dan anda dapat meneruskan amalan bersedekah ini sepanjang hayat anda.

AMIN

17 March 2015



3 ulasan:

NNM berkata...

No telefon macam salah ja.. huhu

Hiriz Fuschiea berkata...

Terima kasih,baru saya perasan telebih nombor

Hiriz Fuschiea berkata...

Terima kasih,baru saya perasan telebih nombor