Booking.com

Booking.com

15 Februari 2016

Terma dan Syarat Pembelian


Sila baca Syarat-Syarat dibawah dibawah untuk semua urusan.


TERMA & SYARAT PEMBELIAN

Dibuat untuk kepentingan kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual.

1. Selepas menerima payment semua pembelian diproses dalam masa 1 - 3 hari bekerja.

Contoh:

A.Payment isnin -pos selasa
B. Payment Jumaat- pos Isnin
C. Payment  Jumaat jika Isnin Cuti Umum, pengeposan akan diproses hari bekerja berikutnya.
D. Pembelian Chunky Beads mengambil masa, 2-3 hari bekerja.

2. Tiada urusan untuk urgent customer, semua pengeposan mengikut giliran berasaskan penerimaan bayaran dari pelanggan.

3. Tracking Number diberi selepas barang dipos.

4. Urusan pengeposan menggunakan PosLaju. Selepas urusan pos selesai, sebarang urusan adalah tanggjawab PosLaju samaada kehilangan, kerosakan dan kelewatan. Sila berhubung sendiri dengan Pihak PosLaju

5. Semua urusan pembelian barangan dipos sahaja, tiada COD.

6. Semua urusan jual beli First Come, First Serve dan kami tidak reserve produk tanpa pembayaran.

7. Tiada pemulangan wang dan pembatalan pembelian setelah pembayaran dibuat.

8. Kami berhak membatalkan urusniaga apabila syarat pembelian diabaikan.

9. Semua balance pembayaran dipulangkan melalui online transfer @ boleh dikontrakan dengan produk yang sama harga, tiada pemulangan wang didalam parcel.

10. Deposit untuk Booking, Valid dalam masa 30 hari sahaja.

11. Barangan Pre-Order memerlukan deposit 80% dari jumlah dan sebelum barang diposkan, baki harus dijelaskan segera, selepas barang tiba, pembayaran baki Valid selama 14hari sahaja, selepas itu urusan terbatal dan tiada pemulangan deposit 80% kecuali atas alasan yang diterima, sebarang kelewatan harus dimaklumkan kepada pihak kami untuk mengelakkan sebarang kesulitan pada kedua pihak.
Jika produk yang di Pre Order tiada, bayaran deposit 80% dikembalikan.
Eta barang mengikut kelancaran urusan Shipping walau tarikh sudah diberi awal.

12. Harga semua barangan tetap, kecuali ada jualan murah, hanya payment yang tepat akan diproses, jika tidak proses pengeposan ditangguhkan.

13. Adalah dimaklumkan warna produk kadang kala ada sedikit perbezaan dari warna asal akibat pencahayaan.

14. Barangan yang telah dipersetujui untuk dibeli tidak boleh dipulangkan, kerana membeli adalah atas risiko sendiri.

15. Sila pastikan kuantiti, warna dan jumlah pesanan anda. 
Sebaik payment diterima Penambahan Order dikira Order Baru.Harap Maklum.

16. Hanya pembelian dengan bayaran sahaja akan diuruskan.

17. Semua urusan hanyalah untuk Serious Buyer.

18. Sebarang pembatalan sebelum membuat bayaran harap dimaklumkan segera untuk kami tidak menganggap anda Backout Customer.


Cara Pembelian dan Pembayaran:

WhatsApp  ke nombor:
011-32297226  / 019-6459416

Nyatakan Order:
Kod / Gambar Produk
Kuantiti:
Alamat Pengeposan:

Setelah pihak kami memberi harga perlu dibayar, barulah pembayaran boleh diteruskan.

Selesai membuat bayaran sila sertakan bukti pembayaran untuk diproses.

Pembayaran:

1.CIMB
2.Western Union 

Adalah dimaklumkan kami sudah tidak lagi menerima bayaran melalui PayPal.

Iris Imani Beauty & Boutique.






















Tiada ulasan: